Tidak terkecuali surau yang turut mengalami keadaan sama. Sehinggakan ada yang dilihat seperti ‘surau mati’ disebabkan tiada sebarang penganjuran program kerana tiada dana selain sekadar hanya untuk dikumandangkan azan dan solat wajib di surau tersebut.
Mengambil inisiatif pintar bagi mengumpul dana, Surau al-Hikmah, SMK Taman Pelangi Johor Bahru, Johor baru-baru ini memperkenalkan Tabung Angkat bagi memperkasakan kutipan dalam kalangan ahli kariah untuk penganjuran pelbagai program di surau itu.
Kaedah itu dilakukan selepas usaha bagi mengumpul dana di surau al-Hikmah sebelum ini kurang mendapat sambutan.
Pelbagai kaedah kutipan dilakukan sebelum ini termasuk menggerakkan ahli jawatankuasa (AJK) surau untuk membuat kutipan daripada setiap pelajar, guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru . Namun, oleh kerana kekurangan tenaga kerja maka kaedah itu menjadi tidak konsisten.
Begitu juga kita pernah melantik agen dalam kalangan guru dan pelajar untuk membuat kutipan menggantikan AJK, tetapi langkah itu masih belum mencukupi.
Oleh itu, mengambil idea daripada pelaksanaan ‘Tabung Subuh’ yang diperkenalkan iaitu menggalakkan setiap isi rumah mempunyai tabung khas untuk sedekah di surau atau masjid, justeru idea Tabung Angkat diperkenalkan
Tabung Angkat merupakan tabung surau berkonsep mudah alih yang membolehkan ahli kariah membawa pulangnya ke rumah bagi dijadikan sebagai tabung simpanan sendiri.
Beliau berkata, sebagai permulaan pihaknya melancarkan sebanyak 30 unit Tabung Angkat dan akan dikutip selepas dua bulan daripada tempoh edaran tabung untuk diserahkan kepada surau.
“Menerusi kaedah ini, kita menganggarkan jika sehari RM1 disumbangkan oleh jemaah, dua bulan sekurang-kurangnya kita memperoleh RM60. Kita ada 30 unit Tabung Angkat menjadikan sekurang-kurang RM1,800 boleh diperoleh daripada tabung ini,” 
DIDIK ANAK SEDEKAH
Selain bertujuan menambah dana bagi pengimarahan surau, Tabung Angkat ini secara tidak langsung mendidik dan menggalakkan anak-anak bersedekah bermula sejak kecil.
Dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW menjelaskan terdapat banyak kelebihan bersedekah. Dengan bersedekah bukan mengurangkan harta, sebaliknya menambahkan lagi rezeki dalam pelbagai bentuk lain yang tidak kita sedari.
Oleh itu, kita menghasilkan tabung ini menggunakan bahan yang berkualiti dan ditampal dengan pelekat menarik agar mendatangkan rasa keinginan dan tanggungjawab ahli Tabung Angkat untuk menyumbang setiap hari termasuk anak-anak mereka.
Ketika ditanya berkemungkinan diseleweng untuk tujuan peribadi, beliau berkata, masalah itu tidak akan terjadi kerana pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendapatkan maklumat lengkap ahli Tabung Angkat agar dapat dipantau dari semasa ke semasa.